Terengganu FM

  • Entertainment

  • 0

App Description

Terengganu FM atau Radio Malaysia Terengganu merupakan sebuah stesen radio di Malaysia yang bertanggungjawap menyediakan perkhidmatan penyiaran dan penyebaran maklumat untuk mewujudkan masyarakat yang harmonis, maju dan bersepadu selaras dengan wawasan negara. Di Terengganu FM, kami menjayakan slogan "Mesra Ceria", dengan mengorak langkah seiringan dengan ledakan teknologi dan citarasa terkini apabila kami menyediakan perkhidmatan untuk pengguna peranti Android. Dengan aplikasi Android ini, para pengguna dapat:- 1. Mendengar siaran Terengganu FM 2. Membaca berita terkini 3. Mendapat pengumuman terkini 4. Mendapat pandu arah secara navigasi ke RTM Terengganu 5. Melayari laman Facebook Terengganu FM 6. Mengenali DJ serta rancangan dan lain-lain lagi Pendengar setia Terengganu FM kini dapat mengikuti DeeJay kegemaran yang sentiasa membawa maklumat terkini dan berilmiah serta rancangan penuh sensasi dengan hanya menggunakan peranti Android. Di Terengganu FM, para pendengar akan mendapat kepelbagaian rancangan berinformasi dan hiburan seperti Selamat Pagi Terengganu, GGOK ,Suara Masjid,Keda Kopi, Desaku tercinta, Terengganu indah, Sukan dan lain-lain. Dengan kemudahan aplikasi ini, pendengar di luar Terengganu kini boleh mendapat maklumat tentang aktiviti terkini yang berlangsung di negeri Terengganu seperti karnival, ekspo, sukan dan sebagainya untuk maklumat pelancungan dan perniagaan. Kini masalah capaian frekuensi radio tidak lagi menjadi halangan kepada pendengar setia Terenggnau FM kerana aplikasi ini menggunakan rangkaian internet. Malahan rakyat Terengganu yang berada di luar negara juga boleh mengikuti siaran Terengganu FM untuk mengikuti perkembangan di kampung halaman. Selamat mendengar Terengganu FM..."MESRA CERIA".

More

Ratings & Reviews

  • No ratings & reviews found

loading...

You May Also Like